Monday, June 25, 2012

Kenali Jenis Kulit Anda


Kenali jenis kulit anda?
Terdapat 4 jenis kulit secara asasnya iaitu kering, normal, kombinasi & berminyak.
Setiap jenis kulit mempunyai cirinya tersendiri iaitu :-

Kulit kering
Kulit kering dicirikan oleh pori & wajah suram dengan sedikit/tanpa sebarang minyak/sinar kulit di permukaan. Garis ekspresi mudah terbentuk pada kulit kering, terutamanya di sekitar mata dan mulut. Kulit kering biasanya berlaku di kalangan wanita berusia lebih 50 tahun yang tinggal dikawasan beriklim kelembapan rendah. Kulit kering boleh terjadi pada wanita yang tidak melindungi kulit mereka daripada unsur diluar rumah. Kulit seperti ini menjadi kasar & mungkin mengelupas/merekah.

Untuk kulit kering, produk Mary Kay dapat membantu:-
 
1. Membersih secara lembut tanpa terlampau mengikis.
2. Melembut, melicinkan dan mengembalikan lembapan yang diperlukan.
3. Menjadikan garis-garis halus kurang ketara serta mengurangkan pengelupasan.

Kulit Normal 
Kulit normal ialah kulit yang kelihatan sihat dengan tekstur yang licin. Ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan/pori tersumbat. Apabila dijaga dengan rapi, garis-garis halus dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia lanjut.

Untuk Kulit Normal, Produk Mary Kay dapat membantu :-
 1. Mengekalkan keseimbangan lembapan kulit yang sihat dan berseri-seri.
2) Memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya bersih dan segar.

Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan zon T (kawasan yang membentuk huruf T yang melintasi dahi dan disepanjang hidung sampai dagu) dengan sedikit tanda kekeringan pada pipi dan bahagian sisi luar muka.
Jika dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah peringkat lanjut usia.

Untuk Kuulit Kombinasi, Produk Mary Kay membantu :-
1. Mengawal minyak berlebihan di Zon T(dahi, hidung dan dagu).
2. Mengecilkan pori & melembapkan kawasan kulit yang kering.

Kulit Berminyak
Kulit berminyak terjadi akibat kalenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dan menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Kadang kala muka menjadi berminyak/melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci. Ia juga dicirikan dengan pori-pori kasar berbanding dengan kulit jenis lain, lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat & mudah tercela. Kulit berminyak tidak mudah berkerut berbanding dengan kulit jenis kering. Jumlah minyak yang banyak pada permukaan kulit membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.

Untuk Kulit Berminyak, Produk Mary Kay dapat membantu:
 1. Mengawal minyak dipermukaan kulit, menjadikannya licin & tampak berseri.
2. Membersihkan kotoran & himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam.
3. Membantu mekap kekal segar lebih lama.
Tips: Bedak Asas / Foundation.

1. Apabila anda mencuba sesuatu rona bedak asas, tunggu beberapa minit sebelum membuat keputusan, ini kerana bedak asas perlu disesuaikan dengan kulit anda.
2. Jangan lupa untuk mengadunkan bedak asas ke dalam kulit untuk mendapatkan rupa sebenar rona itu.
3. Jika anda inginkan perlindungan yang lebih, anda boleh tunggu beberapa minit supaya lapisan pertama kering dahulu kemudian sapu semula.
4. Rona bedak asas yang terbaik adalah yang seolah-olah terserap kedalam kulit muka anda.
5. Jika anda menghadapi masalah untuk memilih antara dua rona, pilihlah yang lebih gelap / yang mempunyai bayang warna kuning.
6. Bedak asas bayang warna kuning bertindak cemerlang pada semua orang. Bedak asas dengan sedikit kuning akan meratakan hampir semua rupa paras. Kuning mengurangkan merah,yang mungkin terdapat dalam pewarnaan kulit sebagai akibat pemerangan, penuaan/kecederaan kapilari.






Thursday, June 21, 2012

Berkongsi Rahsia Tentang Keajaiban Mary Kay



Saya ingin berkongsi dengan wanita di luar sana tentang produk Mary Kay yang sangat bagus untuk mencantikkan kulit wajah tanpa pengelupasan yang memeritkan.

Perkongsian ikhlas dari saya. Sebelum memakai produk Mary Kay kulit wajah saya berminyak, tone tidak sekata, nampak kusam, terdapat jerawat dan banyak parut-parut serta kawah-kawah kesan jerawat lama. Garisan halus disekeliling mata juga agak ketara. Sebagai permulaan saya telah menggunakan set seperti berikut :
Testimoni 1: Saya Sendiri

Gambar selepas 3 bulan menggunakan ;


Gambar selepas 6 bulan menggunakan ; Jerawat berkurangan, kesan-kesan jerawat semakin pudar, kulit kelihatan lebih bersih, kawah-kawah bekas jerawat semakin berkurangan dan pori-pori juga semakin mengecil dan struktur kulit semakin cantik. Garis halus di tepi mata berkurangan dan semakin hilang.



Produk yang saya gunakan ialah:-

Skin Care: 
1) Botanical F3 Cleanser (Combination/Oily)
2) Botanical F3 Freshner (Combination/Oily)
3) Botanical F3 Moisturizer(Combination/Oily)
4) Botanical F3 Mask (Combination/Oily) 
5) TimeWise Night Solution
6) TW Age-Fighting Eye Cream
Cosmetics:
1) TW Matte-wear Liquid Foundation (Beige 3)
2) Mary Kay Mineral Powder Foundation ( Beige 1)
3) Cream Lipstick


SET BOTANICAL EFFECTS






 
Set Botanikal Menyerlahkan Kulit Anda Yang Berseri Dan Sihat. Terdapat dalam 3 Formula. Kulit Kering, Biasa dan Berminyak.

1. Pencuci Muka 3 - dalam 1 - Membersih dengan lembut tanpa menjejeskan elemen-elemen penting dalam kuit. Membantu mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit supaya berasa licin, lembut dan sihat.

2. Toner/Penyegar - Formula tak mengering ini menanggalkan sisa kekotoran dari kulit dengan lembut. Memulihkan keseimbangan semulajadi kulit agar kelihatan sihat dan bersih berseri.

3. Pelembap/Penghidrat - Meresap cepat dan memberi penyeimbangan kulit. Membantu mengekalkan tahap lembapan kulit agar kulit sentiasa sihat.

4. Masker - Menanggalkan kekotoran dan membersih dengan lembut dan mendalam, ia mencergaskan kulit dan mengembalikan keseimbangan; mudah di tanggalkan dengan menggunakan air. 


 SET TIMEWISE MIRACLE  



 
Set TimeWise Miracle Set - dinobatkan sebagai asas sistem penjagaan kulit bagi menentang penuaan hasil gabungan empat produk yang sungguh berpengaruh dengan 11 manfaat antipenuaan. Mencuci, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.   



SET MELACEP - CERAH MENAWAN




Set melacep untuk menyerlahkan kecerahan kulit anda. Is mengandungi agen perapi kulit untuk menyemarakkan kecerahan dalaman anda supaya kulit lebih cerah, halus dan berseri.

Hasil yang dapat disaksikan!
91% menyaksikan kulit mereka bertambah berseri dan bertambah elok secara keseluruhan.
88% menyaksikan kulit mereka bertambah cerah dan nada kulit lebih sekata.
78% menyaksikan kulit mereka kembali jernih.


SET ACNE-PRONE SKIN

 
 
" Tolong Hilangkan Jerawatku."
Bosan dengan akne, jerawat dan cela pada wajah? Sama ada anda berkulit remaja yang cenderung terhadap akne ataupun berkulit matang dengan sesekali kemunculan jerawat, milikilah kulit bebas cela dengan bantuan rangkaian produk antijerawat yang benar-benar berkesan menangani punca jearawat. Dapatkan bantuan segera Mary Kay System for Acne Prone Skin.


TRIAL SET TW MIRACLE






Produk Mary Kay dapat membantu menghasilkan kulit muka yang sihat, bersih, licin, lembut dan tegang tanpa pengelupasan. Sekiranya anda berminat sila hubungi atau sms saya (Eila) di talian 019-2627959 atau email; farihin8474@gmail.com Terutama untuk yang berada di kawasan Seremban.