Monday, June 25, 2012

Kenali Jenis Kulit Anda


Kenali jenis kulit anda?
Terdapat 4 jenis kulit secara asasnya iaitu kering, normal, kombinasi & berminyak.
Setiap jenis kulit mempunyai cirinya tersendiri iaitu :-

Kulit kering
Kulit kering dicirikan oleh pori & wajah suram dengan sedikit/tanpa sebarang minyak/sinar kulit di permukaan. Garis ekspresi mudah terbentuk pada kulit kering, terutamanya di sekitar mata dan mulut. Kulit kering biasanya berlaku di kalangan wanita berusia lebih 50 tahun yang tinggal dikawasan beriklim kelembapan rendah. Kulit kering boleh terjadi pada wanita yang tidak melindungi kulit mereka daripada unsur diluar rumah. Kulit seperti ini menjadi kasar & mungkin mengelupas/merekah.

Untuk kulit kering, produk Mary Kay dapat membantu:-
 
1. Membersih secara lembut tanpa terlampau mengikis.
2. Melembut, melicinkan dan mengembalikan lembapan yang diperlukan.
3. Menjadikan garis-garis halus kurang ketara serta mengurangkan pengelupasan.

Kulit Normal 
Kulit normal ialah kulit yang kelihatan sihat dengan tekstur yang licin. Ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan/pori tersumbat. Apabila dijaga dengan rapi, garis-garis halus dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia lanjut.

Untuk Kulit Normal, Produk Mary Kay dapat membantu :-
 1. Mengekalkan keseimbangan lembapan kulit yang sihat dan berseri-seri.
2) Memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya bersih dan segar.

Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan zon T (kawasan yang membentuk huruf T yang melintasi dahi dan disepanjang hidung sampai dagu) dengan sedikit tanda kekeringan pada pipi dan bahagian sisi luar muka.
Jika dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah peringkat lanjut usia.

Untuk Kuulit Kombinasi, Produk Mary Kay membantu :-
1. Mengawal minyak berlebihan di Zon T(dahi, hidung dan dagu).
2. Mengecilkan pori & melembapkan kawasan kulit yang kering.

Kulit Berminyak
Kulit berminyak terjadi akibat kalenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dan menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Kadang kala muka menjadi berminyak/melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci. Ia juga dicirikan dengan pori-pori kasar berbanding dengan kulit jenis lain, lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat & mudah tercela. Kulit berminyak tidak mudah berkerut berbanding dengan kulit jenis kering. Jumlah minyak yang banyak pada permukaan kulit membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.

Untuk Kulit Berminyak, Produk Mary Kay dapat membantu:
 1. Mengawal minyak dipermukaan kulit, menjadikannya licin & tampak berseri.
2. Membersihkan kotoran & himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam.
3. Membantu mekap kekal segar lebih lama.
Tips: Bedak Asas / Foundation.

1. Apabila anda mencuba sesuatu rona bedak asas, tunggu beberapa minit sebelum membuat keputusan, ini kerana bedak asas perlu disesuaikan dengan kulit anda.
2. Jangan lupa untuk mengadunkan bedak asas ke dalam kulit untuk mendapatkan rupa sebenar rona itu.
3. Jika anda inginkan perlindungan yang lebih, anda boleh tunggu beberapa minit supaya lapisan pertama kering dahulu kemudian sapu semula.
4. Rona bedak asas yang terbaik adalah yang seolah-olah terserap kedalam kulit muka anda.
5. Jika anda menghadapi masalah untuk memilih antara dua rona, pilihlah yang lebih gelap / yang mempunyai bayang warna kuning.
6. Bedak asas bayang warna kuning bertindak cemerlang pada semua orang. Bedak asas dengan sedikit kuning akan meratakan hampir semua rupa paras. Kuning mengurangkan merah,yang mungkin terdapat dalam pewarnaan kulit sebagai akibat pemerangan, penuaan/kecederaan kapilari.






No comments:

Post a Comment